Donut Bersalut Emas 24K Dijual RM440 Sebiji

Ana Ghoib Syeikh Malaya 11:00 PTG


WLLIAMSBURG: Donut bersalut emas 24 karat dijual pada harga AS$100 (RM440) sebiji atau AS1,000 (RM4,400) sedozen.

Mungkin ada yang menganggap ia sesuatu yang mustahil tetapi itulah yang dilakukan pengusaha restoran di Amerika Syarikat.

Resipi donut baharu itu dicipta di bandar yang terletak di Virginia baru-baru ini.

Hidangan istimewa itu boleh dibeli di Kelab Sosial Manila di negeri ini.

“Saya tidak sangka dapat jual 60 biji donat istimewa ini sejak diperkenalkan pada minggu lepas,” kata pemilik restoran berkenaan, Sam Ware.

Donat tersebut dibuat daripada keladi ungu yang digunakan secara meluas di Filipina untuk membuat aiskrim.

Ia dihidangkan dengan segelas champagne.