Toyota dalam satu kenyataan berkata penarikan semula ini melibatkan lima juta kenderaan keluarannya, manakala 1.56 juta kenderaan di seluruh dunia dipanggil semula oleh Nissan.
TOKYO - Toyota dan pesaingnya, Nissan mengumumkan memanggil semula kira-kira 6.5 juta kenderaan di seluruh dunia berkaitan isu terbaru krisis beg udara meletup yang mengakibatkan sekurang-kurangnya lima maut.
Toyota dalam satu kenyataan berkata penarikan semula ini melibatkan lima juta kenderaan daripada 35 model di seluruh dunia yang dihasilkan Mac 2003 hingga November 2007.
Manakala, Nissan memanggil semula 1.56 juta kenderaan di seluruh dunia yang mengalami masalah disebabkan kerosakan beg udara yang dibuat oleh pembekal bermasalah, Takata.
“Ini akan memberi kesan kepada banyak pasaran kami, termasuk Jepun, Eropah dan Amerika Utara,” kata jurucakap Nissan kepada AFP.