Kylie Jenner kini mengaku telah melakukan pembedahan plastik pada bibirnya.
Di dalam wawancara dengan Access Hollywood, Kim Kardashian menyatakan bahawa adiknya itu mempunyai hasrat untuk melakukan pembedahan plastik terhadap bibirnya sejak umur 10 tahun lagi.
"Ketika Kylie masih berusia 10 tahun, dia pernah menyatakan hasratnya untuk melakukan pembedahan plastik kerana dia mempunyai bibir yang nipis," kata Kim seperti dilaporkan Daily Mail.