Gigi Palsu Bawa Padah

Ana Ghoib Syeikh Malaya 6:37 PTG
Segamat: Tertinggal gigi palsu menyebabkan tembelang lelaki warga emas berusia 60-an bermain judi mahjung bersama empat rakan terbongkar, sekali gus dicekup polis dalam serbuan di Batu Anam, di sini, kelmarin.

Warga emas itu dikatakan terlupa memakai sepasang gigi palsu menyebabkan sebutan setiap perkataan mengenai jumlah pertaruhannya tidak jelas dan menimbulkan kemarahan rakannya.

Dia menghubungi telefon bimbit anak saudaranya berusia 20-an yang ketika itu berada di kediamannya supaya menghantarkan gigi palsunya ke lokasi perjudian itu.

Anak saudaranya yang tiba beberapa minit kemudian terkejut melihat lelaki itu asyik bermain judi mahjung menggunakan syiling 20 dan 50 sen.

Berikutan itu, anak saudaranya itu enggan menyerahkan gigi palsu terbabit kepada lelaki berkenaan dan menasihatinya segera pulang serta berhenti bermain judi.- Harian Metro