Erin Malek Sudah Hamil Cahaya Mata Sulung

Ana Ghoib Syeikh Malaya 10:35 PG
BELUM dapat dipastikan sejauh mana kebenaran berita ini tapi menerusi Astro Gempak dikhabarkan pelakon cantik manis, Erin Malek kini hamil cahaya mata sulung hasil perkahwinan dengan ahli perniagaan, Farriz Fauzy.

Berita kehamilan pelakon berusia 21 tahun itu dikatakan, telah diberitahu oleh seorang sumber yang terdekat dengan Erin.

Erin bagaimanapun didakwa tidak mahu lagi menghebahkan perkara itu kepada pengetahuan umum, mungkin nak tunggu kandungannya cukup berusia tiga bulan baru nak reveal kot.

Kalau berita ini benar, kami ucapkan tahniah buat Erin dan suami!

Erin dan Farriz bernikah pada Oktober tahun lalu selepas hampir sembilan bulan berkenalan. - Mynewshub