Bayi yang tidak dinamakan itu berada semalaman di dalam kereta berkenaan selepas kenderaan itu melanggar dinding dan terjunam dalam sungai.
Kejadian itu disedari oleh seorang lelaki yang memancing ikan di sungai itu dan kemudiannya memaklumkan kepada polis.
Keadaan air di dalam sungai itu sangat sejuk hinggakan tiga anggota polis dan empat anggota bomba yang terlibat dalam proses menyelamat itu terpaksa dirawat akibat hypothemia.
Polis mengenalpasti ibu bayi berkenaan sebagai Lynn Jennifer Groesbeck, 24, yang meninggalkan rumah ibu bapanya di Salem, pada pukul 10 malam, pada hari kerjadian.
Siasatan berhubung kejadian berkenaan sedang dijalankan.