Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Polis Republik Indonesia (POLRI) bagi menjejaki sindiket pengedaran wang palsu antarabangsa yang disyaki aktif menghasilkan wang kertas palsu ringgit Malaysia di republik itu.
Penyeludupan wang kertas palsu ringgit Malaysia itu dipercayai ada kaitan dengan kejayaan POLRI menumpaskan sindiket pencetakan wang palsu di Jember, Jawa Timur pada petang Selasa lalu.
Hasil serbuan itu pihak polis menemui plat besi mencetak wang kertas Ringgit Malaysia (RM) selain wang kertas Rupiah berjumlah 12.2 bilion (RM35.8 juta).
Sumber berkata, penemuan plat khas mencetak wang kertas palsu itu membabitkan pelbagai mata wang Malaysia yang dicetak menggunakan mesin khas diimport dari Jerman.
Menurutnya, berdasar penemuan itu, polis yakin sindiket itu mampu mencetak wang kertas palsu dalam kuantiti besar sebelum diedarkan ke pasaran. myMetro / Foto kredit Harianterbit Indonesia
Berita Harian Duit Palsu Indonesia Jenayah polis diraja malaysia Polis Republik Indonesia ringgit malaysia Wang Palsu