Aidil Zafuan beautifulnara gosip artis Hiburan Ohbulan Rita Rudaini Rotikaya
Rita Rudaini Mahu Fail Permohonan Baru Nafkah Anak Terhadap Aidil Zafuan
Ana Ghoib Syeikh Malaya 10:53 PG
MAHKAMAH pada Isnin telah memutuskan bahawa bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan diarahkan untuk membayar nafkah RM3,000 sebulan untuk keperluan kedua-dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.
Aktres itu bagaimanapun tidak setuju dengan jumlah berkenaan.
Rita menjelaskan RM3,000 mencukupi untuk perbelanjaan anak-anaknya ketika mereka empat dan satu tahun, iaitu usia sewaktu tuntuntan itu dibuat. Namun kini dia mahu menfailkan permohonan terbaharu memandangkan anak sulungnya sudah pun memulakan sesi pra sekolah.
rita1
“Saya akan menfailkan permohonan untuk perubahan nafkah anak dalam masa terdekat sejajar dengan keperluan anak-anak saya termasuk perbelanjaan tahunan dan pendidikan. Kini mereka bersekolah dengan bayaran tahunan lebih RM2,000 dan RM259 sebulan,” katanya kepada sebuah akhbar.
aidl
Sementara itu Aidil berkata, dia reda dengan keputusan mahkamah dan mengakui nafkah adalah tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
“Saya harap tiada lagi pertikaian menyatakan saya tidak berikan nafkah. InsyaAllah saya akan tetap jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya,” katanya. - MYNEWSHUB.CC