Rahib wanita lahirkan bayi lelaki ajaib

Ana Ghoib Syeikh Malaya 6:06 PG
Macerata, Itali: Seorang rahib wanita mengejutkan rakannya dan pegawai gereja apabila melahirkan seorang bayi lelaki selepas mengadu mengalami sakit perut melampau.

 Media semalam melaporkan, wanita itu mendakwa dia tidak pernah sedar sedang hamil. Kelmarin, dia mengadu sakit perut dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

 Namun, sumber berkata, rahib berasal dari Amerika Selatan itu kemudian didapati bakal melahirkan bayi ketika diperiksa di bilik rawatan kecemasan di hospital Macerata.

 “Bayi itu dalam keadaan sihat tetapi perlu ditempatkan di hospital sementara waktu untuk pemantauan,” katanya.

 Sementara itu sumber lain memberitahu, rahib terbabit sejak akhir-akhir ini menunjukkan minat kepada aspek penjagaan bayi. - Agensi