BEBERAPA bulan lalu ada berita melaporkan bahawa aktor Johnny Depp tidak hadir di sebuah sidang media yang diadakan di Tokyo, Jepun tanpa sebab-sebab yang jelas.
Namun, Johnny Depp akhirnya mendedahkan bahawa dia mengalami kemalangan yang hampir mengancam nyawanya.
Seperti dilaporkan Daily Mail, dia diserang oleh seekor binatang buas yang dipanggil chupacabra.
Dia dikhabarkan terpaksa bertarung beberapa jam dengan haiwan tersebut sebelum berjaya menyelamatkan diri.
Chupacabra adalah sejenis haiwan seperti anjing, mempunyai telinga besar dan bertaring. mStar