Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mencipta sejarah baru selaku Presiden KFA kerana apa sahaja yang keluar di zaman beliau akan dikritik oleh penyokong setia bola sepak pasukan Hijau Kuning.
Sebelum ini KFA dan KDA FC teruk dikecam isu logo baharu yang mencetuskan kemarahan rata-rata penyokong kerana didakwa tidak telus.
Isu pembatalan kontrak pemilikan KDA FC oleh sebuah syarikat tempatan yang dibuat pada saat-saat akhir juga turut menggemparkan arena bolasepak negara.
“Inikah imej patuh Syariah??? Tak pa ka imej wanita seksi tidak bertudung ini ditonjolkan?
“Semenjak Menteri Besar Kedah dari Pas ini dilantik sebagai Presiden KDA FC, bola sepak Kedah semakin meriah..
“Apa pendapat hampa!!! tuan Presiden nak promot apa sebenarnya?? Islam redho ka macam ni tuan Presiden?? 🤔
Adakah Sanusi selaku Presiden KFA tidak melihat dahulu video tersebut? Atau memang Sanusi bersetuju mengeksploitasikan wanita dalam iklan milik KDA FC itu?
Hanya Sanusi yang ada jawapannya!
*Sumber berita: UtaraDaily
Bola Sepak Free Malaysia Today Kedah Malaysiakini BM parti pas PAS Politik Sanusi Md Nor Sukan