Anwar Ibrahim tokoh Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin - Foto Malaysiakini |
Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim mesti menunjukkan pembangkang mampu membayangi kerajaan hari ini, kata Bersih 2.0
Kumpulan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 mendesak pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim berhenti memberi alasan dan segera membentuk Kabinet bayangan.
Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata, Anwar perlu melihat kepelbagaian perbezaan dalam pembangkang bagi memastikan ia dapat diuruskan dengan berkesan.
“Sekiranya alasan adalah kerana pembangkang dilihat agak berpecah… jika kamu (Anwar) tidak dapat menyatukan pembangkang untuk membentuk satu Kabinet bayangan atau satu koordinasi untuk membayangi kerajaan hari ini, bagaimana masyarakat akan mempercayai kamu untuk membentuk kerajaan? soalnya.
“Cukuplah dengan pelbagai alasan. Sudah tiba masa untuk kita bergerak mencari pendekatan yang lebih profesional dalam politik dan bukan hanya berharap kerajaan yang ada hari ini jatuh dan membuat kesilapan.”
Portal FMT melaporkan Fann berkata demikian dalam webinar ketika melancarkan laporan bertajuk “Rangka Kerja Kabinet Bayangan di Malaysia”.
Laporan itu meminta parti pembangkang untuk bekerjasama membentuk Kabinet bayangan di peringkat persekutuan dan negeri untuk menyemak dan bersaing dengan kerajaan hari ini dengan lebih berkesan.
Anwar Ibrahim bersih Malaysiakini BM Pakatan Harapan pakatan rakyat Perikatan Nasional Politik PRU15 Sinar Harian Sinar Online