Almarhum Tuan Guru NIk Abdul Azik Nik Mat. |
oleh IpohMali
Hari ini 12 Februari, adalah tahun ke-6 sang Murabbi dan guru Politik iaitu Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang telah meninggalkan kita. Kebetulan pagi Jumaat juga jasad Almarhum dikebumikan.Namun apa yang pernah diucapkan dan apa yang diperjuangkan dalam hal agama dan politik itu kekal menjadi ingatan untuk kita pada hari ini.
Menarik, ini antara kenangan ucapan TG Nik Aziz dalam satu kempen pilihanraya. Dia membuka bicaranya dengan mengatakan ‘saya datang bukan sebagai orang melayu tetapi orang Islam’.
Bagaimana berbezanya dan hikmahnya Tok Guru menyampaikan Islam. Mengajak kepada tauhid bukan dengan menghina dan memusuhi agama lain. Atau menjadi juara berdebat membuktikan ajaran selain Islam itu sesat.Tidak.
Itu sebabnya dulu Almarhum Tok Guru Nik Aziz, selalu menggunakan seruan “Kalimatun sawa”. Bagaimana Tok Guru mempersamakan reka bentuk masjid dan tokong dan akhirnya mengajak kepada Tauhid.
Lihat reaksi pemimpin DAP ketika itu begitu lunak dengan cara Tok Guru menyampaikan Islam. Titik persamaan antara kita dalam agama dan politik dan akhirnya menyeru seruan tauhid kepada Allah.
Sebagaimana Firman Allah.
“Wahai Ahli Kitab, marilah kita (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun..”
Tok Guru Nik Aziz antara ahli Hikmah. Di sinilah sepertimana Hadis Nabi SAW 2 lelompok ini hilang dalam kalangan Muslim,
Kelompok Ulul Albab dan Ahli Hikmah yang dapat membaca dan Memahami pengajaran dari Wahyu Allah yakni Al Quran.
” Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.”
Belajar dari Uslub dakwah Tok Guru Nik Aziz. Di mana pun dia, dia mengajak kita berfikir dan kembali kepada Tuhan yang satu. Inilah konsep Kalimatun Sawaa’.
Keduanya Tok Guru Nik Aziz adalah penentang assobiyah Melayu Cina. Assobiyah ini adalah perkara yang dilarang dalam Agama dan dibenci oleh Nabi.
” Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.”
Belajar dari Uslub dakwah Tok Guru Nik Aziz. Di mana pun dia, dia mengajak kita berfikir dan kembali kepada Tuhan yang satu. Inilah konsep Kalimatun Sawaa’.
Keduanya Tok Guru Nik Aziz adalah penentang assobiyah Melayu Cina. Assobiyah ini adalah perkara yang dilarang dalam Agama dan dibenci oleh Nabi.
Nabi katakan ‘campakkan jauh jauh “fa’innahaa muntinah”Malangnya hari ini sama ada dalam kalangan pendakwah, hatta orang politik mereka sendiri masuk dalam perangkap assobiyah dan kebencian. - IpohMali
‘Tinggalkanlah (seruan Jahiliyah tersebut) kerana itu perbuatan busuk/Jijik… ” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).
Cina Free Malaysia Today Google News Tag Islam Malaysiakini BM Melayu Nik Abduh PAS Politik Sinar Harian Sinar Online