Silap besar Dr Mahathir letak jawatan PM, kata Kit Siang

Ana Ghoib Syeikh Malaya 11:35 PTG
Lim Kit Siang dan Tun Dr Mahathir - Foto NewMalaysianPost

Lim Kit Siang menyelar kenyataan Dr Mahathir semalam, yang menuduhnya menyokong Anwar Ibrahim sedangkan kesilapan terbesar dilakukan bekas perdana menteri itu adalah meletakkan jawatan.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang terkejut apabila namanya disebut dalam kenyataan Dr Mahathir semalam, dalam tulisan di blognya.

Baginya, ia hanyalah suatu sangkaan Dr Mahathir, sedangkan hakikatnya keputusan Pakatan Harapan (PH) menyokong Anwar sebagai perdana menteri dibuat selepas beliau meletak jawatan PM.

“Ia dibuat secara sebulat suara oleh semua parti komponen PH iaitu DAP, PKR dan Amanah. PH mencapai keputusan ini selepas Mahathir enggan untuk terus menjadi perdana menteri PH dan enggan mematuhi dan terikat dengan manifesto pilihan raya umum PH,” katanya dalam kenyataan.

Lim menjawab kenyataan Mahathir, yang beliau Lim turut bertanggungjawab sebagai salah satu punca kejatuhan pentadbiran PH sebelum ini.

“Saya fikir kita perlu perkara yang sama. Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH.

“Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi. Bayangkan bagaimana hala tuju negara jika semua parti meletakkan negara ini sebagai matlamat utama,” kata Mahathir.

Lim berkata, ia menjadi suatu keperluan untuk adanya seorang perdana menteri dan sebuah kerajaan PH yang mempertahankan dan menghormati mandat diberikan rakyat pada pilihan raya umum ke-14.

“Namun, amat malang sekali apabila Mahathir masih enggan untuk bertanggungjawab di atas kesilapan besar beliau apabila beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sedangkan beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen, daripada PH, Warisan, dan PPBM,” katanya seperti dilapor FMT..

KLIK BACA: Mengarut! - Agong mahu Wan Azizah jadi PM, Tun M jawab Tommy

KLIK BACAPendedahan PANAS Tommy dalam buku mengenai Sirul Azilah kaitkan Najib Altantuya?

KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?