Platform media ketika ini disalah guna sesetengah pihak sebagai medium untuk dijadikan senjata halus bagi menyerang agama Islam, menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi Awang mendakwa, terdapat pihak tertentu yang bertindak melakukan serangan siber terhadap ajaran Islam yang bertujuan menyebarkan fitnah.“Terdapat satu pendekatan terkini terhadap Islam, iaitu mencari kesalahan orang Islam, sama ada mereka yang tidak bersalah tetapi disebarkan fitnah atau mereka yang benar-benar bersalah dengan nyata.
“Namun kesalahannya [individu tersebut] dijadikan senjata untuk menikam ajaran Islam malah ia juga tertumpu kepada golongan agamawan.
“Berita itu diletakkan pada muka hadapan media tajaannya dan diulang-ulang untuk disebar luaskan dengan matlamat untuk menghina Islam,” tulisnya di laman di Facebook beliau malam ini.
Hadi berberpendapat, tindakan itu sengaja dibuat bagi melahirkan perspektif negatif terhadap agama Islam, sekali gus menggalakkan lagi Islamofobia.
“Terdapat media yang telah berperanan mencetuskan provokasi terhadap kumpulan Islam yang melampau dan kurang bijak.
“Tujuan itu bagi mempromosikan Islam secara negatif dan ini merupakan senjata Barat bagi menentang Islam pada hari ini,” tegasnya.
Menurut Hadi Awang di zaman era teknologi ini menyaksikan berlakunya serangan siber yang semakin canggih sehingga merentasi tanpa sempadan.
Tindakan ini menurut Duta Timur Tengah itu hanya menimbulkan kekeliruan sesetengah pihak dan lebih buruk apabila ia menyasarkan pihak yang kurang berkemahiran untuk berfikir.
Free Malaysia Today Google News Tag Hadi Awang Islam Malaysiakini BM Politik