Mat Sabu suruh menteri-menteri PN lawat Afrika, Arab kenapa???

Ana Ghoib Syeikh Malaya 12:42 PTG
Bekas Menteri Pertahanan Mohammad Sabu 

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menempelak Perikatan Nasional (PN) yang merampas mandat rakyat hingga digelar kerajaan pintu belakang atau tebuk atap.

Portal milik parti AMANAH, Malaysia Dateline melaporkan Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Abang Mat berkata, rakan-rakan sejawatan di luar negara khususnya yang peka tentang demokrasi seperti di Eropah akan bertanyakan menteri-menteri PH bagaimana kerajaan dibentuk jika mereka hadir ke persidangan antarabangsa.

“Lihat baru-baru ini apabila Perdana Menteri melawat Indonesia, bagaimana beliau dikritik dengan hebat oleh rakyat Malaysia dan Indonesia kerana Perdana Menteri yang tidak mendapat mandat rakyat.

“Barangkali menteri-menteri kerajaan Malaysia boleh melawat negara-negara Afrika dan Arab kerana di sana tidak mengambil berat soal demokrasi,” bidasnya dalam ceramah umum secara langsung menerusi saluran NextStep Malaysia hari ini.

Bekas Menteri Pertahanan berkenaan juga menegaskan kerajaan PN yang pada masa ini hanya mempunyai sokongan 109 kerusi Parlimen berada dalam situasi tidak kukuh dan tidak dihormati.

“Bayangkan 70 ahli-ahli Parlimen negara ASEAN mengkritik kerajaan Malaysia meminta demokrasi dikembalikan.

“Takkan nak lihat Laos, Myanmar dan Vietnam yang terkebelakang dalam soal demokrasi pun mengkritik Malaysia?” kata Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi dipetik Malaysia Dateline.