Bendahari Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan bekas ahli yang mahu kembali ke pangkuan parti itu supaya menghadiri “bengkel” atau “kelas khas” terlebih dahulu.
Tengku Adnan atau Ku Nan berkata, biarpun pentas politik sentiasa berubah namun ketegasan terhadap mereka yang bermuka-muka perlu dilaksanakan kerana tentulah tak wajar pada mana-mana individu yang menjilat ludah untuk diangkat sebagai teraju.
"Walhal anggota yang kekal bersetia saat susah dan senang hanya memandang dan diminta menerima,
”Memang, kita perlu kembali berpadu demi agama dan bangsa, kita mesti teguh dan kukuh, kita bersaudara dan tidak perlu bermusuhan, tetapi setiap masa yang berlalu selepas tarikh 9 Mei 2018 bukanlah satu kemanisan dan mesti dinilai dengan kesetiaan dan pengorbanan.
”UMNO ditekan, dihimpit, dinafikan dalam pelbagai aspek. Akaun dibekukan dan mana-mana pemimpinnya yang masih setia pada perjuangan hakiki diheret ke mahkamah atas macam-macam pertuduhan yang ada diantaranya di luar kewarasan akal fikiran.
”Tuduhan tanpa asas tiba-tiba menjadi realiti. Sakit perit tapi patah sayap tetap bertongkat paruh kerana percaya bahawa asas perjuangan adalah demi Lillahi Taala,”
”…mulalah mengakui UMNO banyak berjasa, UMNO itu… UMNO ini… dan masih nama UMNO juga dijaja dalam pentas politik mereka biarpun mereka bukan lagi ahli UMNO. Apa rasa… tentulah seakan sebuah sandiwara semasa,” katanya.
MESTI BACA: Umno boleh rampas semula jawatan PM jika tinggalkan Bersatu/PN - Confirm!!!
Ku Nan secara menyindir berkata, beliau merasa kelakar apabila ada individu yang dulu melompat meninggalkan UMNO sewaktu UMNO hilang kuasa majoriti membentuk kerajaan tapi hari ini mula bersuara ‘manis’.
“Mereka ini bersama UMNO dan mengaku orang UMNO sewaktu parti berada dalam kejayaan, kecemerlangan dan gemilang bukan saja dalam negara malah dipersada antarabangsa, tapi meninggalkan UMNO malah ada yang menjadi sekutu menjatuhkan kerajaan BN lantaran rasa tak puas hati terhadap UMNO,
”Siapa sebenarnya pejuang sebenar untuk agama, bangsa dan negara… siapa pula petualang yang menjadi bahana hinggakan rakyat duka lara… tapi masih nama UMNO juga dipalitkan.
”Sungguh, UMNO terbukti parti keramat. UMNO menaikkan nama seseorang individu dari orang biasa menjadi pemimpin ternama hinggakan ada yang menjadi negarawan, tapi kerana ketidakpuasan rasa, UMNO juga djadikan alat kebencian dan cuba dipersalahkan atas pelbagai kesalahan peribadinya,” katanya.
Sementara itu, Najib menerusi wawancara dengan Astro Awani berkata, bekas ahli yang ingin kembali bersama Umno masih boleh dipertimbangkan namun tidak boleh meletak sebarang syarat dan harus menerima sesiapapun di dalamnya.
Kenyataan Tengku Adnan dan Najib itu bertentangan dengan kenyataan Tun Mahathir menolak menyertai Umno dengan adanya 'kluster mahkamah' di dalamnya.
Dalam kenyataan Tengku Adnan di Facebook, beliau mengakui berasa pelik kerana sejak beberapa hari ini kedengaran suara-suara yang menyatakan masih sayangkan UMNO.
Untuk rekod, pada 21 Disember, 2010 Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan, dihukum penjara 12 bulan dan denda RM2 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas didapati bersalah menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.
Manakala pada 28 Julai, 2020, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Tengku Adnan dan Najib Razak keduanya masih bebas kerana menunggu rayuan mahkamah.
MESTI BACA: Umno boleh rampas semula jawatan PM jika tinggalkan Bersatu/PN - Confirm!!!
Mahathir Mohamad Malaysiakini BM najib razak Politik Sinar Online Tengku Adnan umno