Artis terkenal hensem kacak 'still available' Datuk Hans Isaac mahu bertanding PRU15 mencabar Zuraida Kamaruddin di Parlimen Ampang. . - Foto ihsan MalaysiaGazette |
Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac memberi bayangan untuk mencabar Datuk Dr Zuraida Kamaruddin bagi merebut kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Sebelum ini Hans berkata, beliau berjaya menawan kembali lebih 120 ranting PKR dan hampir 2,000 ahli baharu parti itu sejak setahun lalu setelah bergerak aktif di kawasan Parlimen tersebut.
“Saya nak berterima kasih kepada kawasan Ampang ini sebab kami telah berjaya mendapat lebih 120 ranting di Ampang yang membantu kami.
“Manakala ahli baharu yang masuk ke dalam parti (PKR) lebih 1,896 ahli baharu, jadi terima kasih.
“Ada ramai lagi yang datang kepada kami untuk menjadi ahli dan kami akan membantu mereka sebaik mungkin,” katanya kepada MalaysiaGazette sewaktu ditemui di Pasar Ampang, hari ini.
Hans Isaac turut menafikan dakwaan nama beliau disebut-sebut sebagai pengganti Zuraida selepas bekas Naib Presiden PKR itu dipecat pada tahun lalu.
Ia susulan tindakan Zuraida bersama dengan bekas Timbalan Presiden Keadilan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggalkan PKR dalam Langkah Sheraton bagi membentuk Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Februari 2020.
Tindakan Zuraida itu menyebabkan beliau disaman oleh PKR sebanyak 10 juta kerana sewaktu menjadi calon PRU14 kesemua calon dikehendaki menandatangani akujanji tidak melompat parti justeru mengkhianati pengundi PKR.
Dalam pada itu, Hans turut mengakui sejak setahun lalu, beliau sangat aktif turun padang di Parlimen Ampang bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap PKR yang diketuai Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tahun lepas kami buat lebih 80 program, ada yang diuar-uarkan dan ada yang tidak, yang kita buat secara sokongan senyap-senyap yang kita bantu,” katanya dipetik MalaysiaGazette.
Untuk rekod, PKR mengemukakan saman terhadap Zuraida Kamaruddin dengan menuntut bekas naib presiden itu membayar RM10 juta kepada parti seperti dalam terma dan syarat di bawah bon ditandatangani dan mengikat dirinya.
PKR dalam pernyataan tuntutannya berkata, Zuraida menandatangani bon apabila beliau mengikat dirinya untuk membayar kepada parti sejumlah RM10 juta, pada 25 April 2018.
Menurut parti itu, antara syarat bon ialah Zuraida bersetuju untuk membayar parti RM10 juta selewat-lewatnya tujuh hari selepas berlakunya salah satu perkara antaranya, jika beliau meletak jawatan sebagai anggota parti.
Plaintif berkata, Zuraida perlu membayar wang itu jika beliau tidak mengemukakan surat untuk bertanding kerusi yang diperuntukkan kepadanya atas apa alasan atau selepas memenangi pilihan raya, atau bergabung dengan parti politik lain, atau menjadi wakil rakyat bebas.
Seterusnya, ia mendakwa defendan dalam satu kenyataan bersama ahli parlimen lain pada 24 Februari lalu, mengumumkan peletakan jawatan daripada PKR tanpa meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Ampang.
Menurut plaintif, ia berikutan tindakan defendan yang meletak jawatan menyebabkan parti kehilangan manfaat dan kelebihan mempunyai seorang ahli parlimen di Dewan Rakyat dan menjadi sebahagian kerajaan eksekutif.
Selain itu, plaintif mendakwa, defendan telah atau menikmati faedah selepas dipilih sebagai calon PKR yang memenangi kerusi Parlimen Ampang dan tidak adil untuk defendan terus mengekalkan faedah itu tanpa membayar pampasan bagi penggunaan jenama dan tanda parti.
Sehubungan itu, PKR menuntut Zuraida membayar RM10 juta kepadanya seperti di bawah bon, jumlah alternatif sebanyak RM12 juta selain kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
beautifulnara Free Malaysia Today gossip artis Gossip Artis Malaysia Malaysiakini BM Politik PRU15 Rotikaya