SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bertitah, keputusan yang dibuat untuk mengehadkan bilangan jemaah di masjid dan surau adalah demu menjaga keselamatan seluruh umat Islam.
Titah baginda, apatah lagi dengan statistik terbaharu kes Covid-19 di Selangor membabitkan kes jangkitan yang masih lagi meningkat dengan jumlah kematian yang tinggi.
Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, baginda memahami kegusaran dan kebimbangan umat Islam di negeri itu yang belum boleh berjemaah solat fardu dan solat Jumaat di masjid kerana mematuhi garis panduan SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Baginda turut membaca sendiri rayuan yang disalurkan menerusi Mufti Selangor dan juga permohonan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan perkara berkenaan.
“Bagaimanapun, baginda menegaskan keputusan yang dibuat untuk mengehadkan bilangan jemaah di masjid adalah demi menjaga keselamatan seluruh umat Islam kerana kes jangkitan wabak Covid-19 masih lagi meningkat dengan jumlah kematian yang tinggi,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Jelas Mohamad Munir, ketika ini, jumlah kes positif di Selangor telah mencecah lima digit dan tiga digit bagi angka kematian.
Baginda juga, katanya, kesal kerana ada segelintir pihak tidak berfikir panjang dan hanya memetingkan diri dengan sanggup memudaratkan jemaah lain sekiranya masjid dan surau dibuka semula seperti biasa.
“Baginda tidak mahu lebih ramai lagi rakyat Selangor mendapat jangkitan akibat lalai mematuhi PKP dan SOP sehingga boleh menyebabkan kematian.
“Selepas ini, baginda berharap tidak ada lagi pihak yang bertelagah sesama sendiri berhubung keputusan yang telah diambil sebulat suara oleh pihak berwajib ini, demi keselamatan umat Islam Selangor.
“Tegas baginda, tidak bererti jika masjid dan surau tutup, maka amal ibadah juga akan terhenti,” katanya.
KLIK BACA: 70 menteri tertinggi dalam sejarah Msia dan dunia tak berfungsi??? - Raja Bahrin
Berita Harian Islam Malaysiakini BM Politik selangor Sultan Selangor