KUANTAN: Penduduk di Taman Sungai Karang Jaya dan kawasan sekitar di Beserah dekat sini mendesak pihak berkenaan serta kerajaan negeri mengambus segera kolam bekas lombong bauksit yang meragut nyawa tiga kanak-kanak, Sabtu.
"Segeralah kambus kolam di kawasan bekas lombong ini sebelum banyak lagi kejadian buruk berlaku," kata Mohd Sharif Awang Ngah, 50, kepada pemberita.
Beliau adalah bapa kepada Nureen Ain Juwita, 10, salah seorang yang lemas di kolam itu.
Petang Ahad, Mohd Shariff secara simbolik menyertai kira-kira 20 penduduk taman tersebut melakukan kambusan selama kira-kira 15 minit sebagai tanda protes kepada pihak berkenaan yang gagal mengambus kolam itu hingga terdedah kepada bahaya.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang Sabtu, Nureen Ain serta dua rakannya yang merupakan pasangan adik-beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan Mahathir Mohamad, 7, ditemukan lemas di kolam itu. -Bernama