Pelakon Neelofa tidak lagi berasa bimbang dengan isu ciplak terhadap rekaan tudung keluarannya, Naelofar Hijab yang menjadi isu sebelum ini.
Neelofa, 28, berkata, strategi pihaknya mengeluarkan rekaan terbaharu secara kerap membuatkan peniaga tudung tiruan tidak dapat mengikut rentak tersebut.
"Pada saya mereka sudah jauh ketinggalan untuk meniru kerana kami sentiasa cepat dalam menghasilkan rekaan baharu sehingga mereka tak dapat mengejar.
"Tambahan pula tambah nilai yang kami letak pada setiap keluaran seperti aksesori memang sukar untuk ditiru selain harga yang berpatutan membuatkan pembeli beralih kepada produk asli," katanya.
Terbaharu, Naelofar Hijab melancarkan Lady Lofa bersempena dengan sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 10 Februari.
Koleksi berkenaan yang hanya dikeluarkan sebanyak 20,000 helai akan mula berada di pasaran bermula 28 Februari ini.
Bercakap mengenai Lady Lofa, Neelofa berkata, ia istimewa kerana ia turut hadir dengan batu kristal Swarovski berbentuk loket pepatung.
Bagaimanapun kata pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu, walaupun batu berkenaan menelan kos tinggi namun Naelofar Hijab tetap menjualnya dengan harga berpatutan dan mampu milik.
"Untuk koleksi terbaharu ini kita cuba seiring dengan jenama antarabangsa dengan meletakkan batu Swarovski agar ia tampak mahal dan ekseklusif.
"Sepatutnya harganya berlipat ganda tetapi kita tetap jual pada harga berpatutan iaitu dibawah RM100," katanya.
Sementara itu, Neelofa berkata, Naelofar Hijab melangkah setapak apabila membuka cawangan pertamanya di pusat beli-belah Publika dekat sini sejak 1 Februari lalu.
Kata Neelofa, pemilihan lokasi tersebut dibuat kerana ia sebuah tempat yang urban dan ekseklusif selain dapat meletakkan jenamanya ke tahap lebih tinggi.
"Selain butik di Taman Tun Dr. Ismail, Naelofar membuka cawangan keduanya di Publika yang dilihat dapat menarik lebih banyak golongan urban selain ia dapat meningkatkan jenama itu ke tahap lebih besar.
"Tentang cawangan di luar negara buat masa ini masih belum ada perancangan kerana kami ingin memberi fokus kepada pasaran tempatan terlebih dahulu," jelasnya.- mStar
KLIK BACA TULISAN PENUH: Tun Mahathir - Umno sebagai pengkhianat
KLIK BACA: BMF & Forex Mahathir, agenda bodoh Umno tak akan kembalikan keyakinan - Ezam
Berita Harian Gossip Artis Malaysia Harian Metro Neelofa Perniagaan