Jepun - Tokyo: Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud menggegar perairan Pulau Hokkaido pagi Khamis.
Agensi Meteorologi Jepun bagaimanapun memaklumkan tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Stesen televisyen nasional NHK pula melaporkan mungkin terdapat perubahan paras laut tetapi tiada kerosakan akibat tsunami dijangkakan.
Tiada laporan berkaitan kerosakan setakat ini.
Pada 11 Mac 2011, pantai timur laut negara itu dilanda gempa bumi berukuran 9.0 magnitud, gempa paling kuat dicatat di Jepun dan menyebabkan tsunami besar.