Lemas Selepas Makan Malam Bersama Rakan

Ana Ghoib Syeikh Malaya 5:51 PTG
Pelabuhan Klang: Seorang lelaki berusia 58 tahun ditemui lemas di muara sungai, di Kelab Pelayaran Diraja Selangor, di sini, kira-kira 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat, berkata mangsa sebelum itu makan bersama seorang rakan di kelab berkenaan.

“Selesai makan mereka pulang secara berasingan. Namun, mangsa dikatakan berpatah balik dan memecut keretanya ke muara sungai.

Kita masih siasat sama ada kes bunuh diri atau sebaliknya. Mayat dikeluarkan 11.30 malam tadi," katanya.- Harian Metro