Dalam kejadian pada pukul 12.30 pagi itu, Suren baru tiba di pekarangan rumah itu memandu sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback.
Lebih menyedihkan, dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan maut pada hari lahirnya yang ke-28.
Menurut bapa mangsa, T. Nadarajah, 54, anak sulung daripada tiga beradik itu sedang membuka pagar rumah untuk meletakkan keretanya.
Katanya, tiba-tiba datang dua lelaki menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 sebelum pemboncengnya turun lalu melepaskan tembakan.
“Selepas terkena satu das tembakan pada kepala, Suren cuba melarikan diri sambil menyebut jangan tembak, jangan tembak berulang kali.
“Namun, suspek tetap melepaskan tembakan sehingga dia maut,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh semalam. - Kosmo