Lisa Surihani mengandung - Foto mStar
Ibu kepada pelakon Lisa Surihani iaitu Siti Amira Ahmad tidak akan memaksa anaknya untuk mengikuti sebarang petua atau amalan tradisional sejak mengetahui wanita berkenaan hamil.
Siti Amira bagaimanapun berkata, dia sentiasa menasihati Lisa, 29, agar bersederhana dalam apa juga tindakannya terutama pada peringkat awal kandungan.
"Saya memang seorang 'old school' tetapi amat terbuka dalam perkara berkaitan seperti ini dan tidaklah terlalu taksub dengan pelbagai amalan dan petua sehingga memberi tekanan kepada Lisa.
"Lisa seorang wanita yang aktif dalam aktiviti sehariannya dan saya sentiasa menasihatinya agar lebih berhati-hati dalam pergerakan selain bersederhana dalam pemakanan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Suami Lisa, Yusry Abdul Halim, 41, mengesahkan isterinya sedang berbadan dua ketika ditanya oleh wartawan pada sidang media pelancaran filem terbaharunya Cicakman 3 pada malam Rabu lalu.
Bagaimanapun pasangan berkenaan mengelak untuk berkongsi dengan lebih terperinci mengenai perkembangan baik itu kerana menghormati amalan orang tua-tua agar tidak menghebohkan perkara itu pada awal usia kandungan. Sumber mStar
gosip artis Gossip Artis Malaysia Hiburan Lisa Surihani Yusry Abdul Halim