Suasana tenang di sebuah restoran makanan segera bertukar menjadi kecoh apabila salah seorang pelanggannya ditembak di belakang kepala oleh suspek yang tidak dikenali.
Melalui rakaman kamera pengawasan, mangsa yang dikenali sebagai Jacob Van Der Hart, 35, sedang menikmati makanan di restoran Tiriton di Panama bersama seorang rakan.
Secara tiba-tiba, suspek muncul dari arah belakang dan terus mengeluarkan sepucuk pistol sebelum menghalakannya ke arah kepala mangsa.
Dia kemudiannya melepaskan sedas tembakan sekaligus mengakibatkan mangsa jatuh dari kerusinya.
Menurut laporan Mail Online, suspek kemudiannya keluar dari restoran itu dan dilihat membonceng sebuah motosikal berkuasa tinggi yang sudah sedia menanti di luar.
Setakat ini, polis masih belum membuat sebarang tangkapan dan mangsa kini sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Santo Tomas. MNH