Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata merangka kertas soalan peperiksaan sekolah secara elektronik mungkin dapat mengelak insiden kertas soalan bocor berulang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal
Putrajaya bercadang merangka kertas soalan peperiksaan sekolah secara elektronik bagi mengelak insiden kertas soalan bocor berulang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan berkata, perkara itu merupakan salah satu cadangan dalam laporan penambahbaikan dan pihaknya akan mengkaji sama ada ia boleh dilaksanakan di peringkat sekolah.
"Ada sebahagian yang mencadangkan kertas soalan dibuat secara elektronik, berpengkalan di sekolah.
"Kita nak lihat, bolehkah ia dilaksanakan? Dan kalau boleh, bagaimana untuk melakukannya?"
katanya pada sidang media selepas merasmikan Menara Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur hari ini.
Mengenai laporan hasil siasatan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),
Muhyiddin berkata pihaknya akan mengambil langkah sewajarnya secepat mungkin berhubung saranan yang dikemukakan Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Malaysia.
Katanya, ada saranan yang sudah mula dilaksanakan dan ada yang memerlukan kajian secara teliti. TMI
Cikgu Guru Pendidikan Peperiksaan Pmr Sekolah Spm Tan Sri Muhyiddin Yassin Upsr