Media merakamkan gambar Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali di luar Dewan Rakyat selepas pembentangan Bajet 2015, petang ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim
Bajet 2015 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat gagal berperanan meningkatkan ekonomi negara, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Katanya, kerajaan pentadbiran Barisan Nasional tidak memberikan tumpuan yang jelas kepada usaha menangani aktiviti ekonomi yang tidak konsisten dan pembaziran dalam pembentangan bajet kali ini.
"Saya lihat bajet ini tidak memberi penumpuan jelas tentang bagaimana untuk menangani isu pembaziran projek kerajaan.
"Ia tidak merancakkan ekonomi rakyat seperti yang sepatutnya," kata ahli Parlimen Gombak itu kepada pemberita selepas selesai pembentangan bajet itu di Parlimen.
Najib membentang bajet keenamnya hari ini, bertemakan Ekonomi Keperluan Rakyat, memperuntukkan sejumlah RM273.9 bilion, meningkat RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.
Sumber Malaysian Insider
Azmin Ali Bajet Berita Harian Budget Menteri Besar Selangor News Politik